Perhatian...

Assalamualaikum..

Saya sudah berpaling tadah dari blog di frenster..

jadi sapa2 yang mengikuti blog saya, sila lawati blog terbaru saya--->

~anasyhh~ @ http://anasyhh.blogspot.com

                            

Pengalaman...

Ada satu pengalaman yang tak dapat saya lupa apabila bergelar seorang guru.. Pada suatu ketika, kira-kira 5 bulan yang lalu..saya telah diambil oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Bahagian Sekolah Rendah untuk mengganti seorang guru kelas yang cuti bersalin di Sekolah Kebangsaan Taman Rasah Jaya, sekolah saya sewaktu darjah 1 sampai darjah 6... Jadi ramai la cikgu-cikgu yang kenal saya sejak kecik lagi..hehehe.. Mereka semua kata saya dah berubah, bestnye dapat jumpa cikgu saya dulu-dulu kala..

Atas nasihat mama, saya terus terima tawaran tu sebab dah nak sebulan kelas 2 Bestari tu relieve aje..maknanya tak ada guru kelas hanya guru yang ada masa lapang aje yang masuk kelas tu, juz jaga tapi tak mengajar..kesian kat budak-budak 2 Bestari tu takde cikgu sendiri.. Kelas 2 Bestari ni terdiri daripada 31 orang murid yang comel-comel..

First day saya bertugas kat sekolah tu..saya dibawa oleh GPK 1, Pn. Hajah Habibah ke kelas tu..saya diperkenalkan kat budak-budak comel tu dengan panggilan Cikgu Amy..aisehh..berdebar-debar rasa bila diorang sume ucap "Selamat Pagi Cikgu Amy!".. Lepas tu, Pn. Habibah pun beredar meninggalkan saya bersama murid-murid baru saya tuh...

Berdiri kat depan kelas dengan pandangan tanpa senyuman oleh murid-murid tu buat saya makin gelabah..macam mane nak start nih?hehehe..saya cuba tenangkan diri saya.. Selama 45 minit waktu Bahasa Melayu tu saya penuhi dengan 'ice-breaking'..yelah memandangkan hari pertama saya masuk kelas tu takkan dah nak mengajar kot.. cara begini dah diajar oleh pensyarah saya untuk 'menackle' perhatian dan hati murid-murid tu pada saya.. Jadi saya gunakan pendekatan tersebut, ternyata sangat berkesan..

Hari-hari saya masuk ke kelas tu untuk ajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan Muzik. Bukan kelas tu aje, saya kene ajar Kemahiran Hidup Tahun 5 dan Pendidikan Moral. Rupenya letih jugak profesion perguruan ni, takpe lah..saya anggap tu guru pengalaman saya sebagai bekalan bila tiba waktu saya mengajar kelak...

Saya berasa sangat beruntung bila Hari Guru akan disambut tak lama lagi..saya masih ingat lagi waktu zaman persekolahan dulu, masa Hari Guru saya akan berikan hadiah untuk setiap guru yang mengajar saya pada tahun tu.. Hari Guru yang saya nantikan dah pun tiba, masuk je kelas lepas perhimpunan pagi tu, murid-murid saya terus serbu saya dengan hadiah yang comel-comel termasuk kad ucapan Hari Guru yang mereka buat sendiri dengan pensel warna dan crayon..terharu giler tahap dewa!!!

Itu lah antara pengalaman manis saya sewaktu bergelar seorang guru ganti pada ketika saya masih berumur 20 tahun...

Di sini ada puisi untuk guru-guru saya sewaktu di bangku sekolah dan juga untuk pensyarah-pensyarah saya di universiti--->

Apa tanda guru terpuji,
Kepada ibu bapa ia berbakti,
Mentaati ibu bapa sepenuh hati,
Ibu bapanya dijunjung tinggi.

Terhadap ibu bapa ia amanah,
Kepada orang tuanya tiada menyalah,
Memelihara ibu bapa tiada lengah.

Guru bertanggungjawab sebarang laku,
Berlepas tangan ia malu,
Hak dan kewajipan ianya tahu.

Cinta Pertama..3

Hari ini Ramadan yang ke-17, hari Nuzul Al-Quran. Seperti biasa, aku akan menunaikan solat terawikh di masjid negeri bersama Kak Lisa. Entah mengapa malam ini ada perasaan aneh menyusup di sanubariku. Selepas solat tarawikh aku sengaja tidak menunaikan solat sunat witir kerana aku ingin bertahajud sebelum bersahur. Aku mengundurkan diriku dari saf solat ketika jemaah lain menunaikan solat witir.

Ketika aku ingin mengambil sepatuku di rak kasut, kelihatan seorang lelaki sedang duduk di tangga berdepan dengan rak kasut tersebut. Jantungku berdegup kencang tatkala dia menoleh ke arahku. Wajahnya tidak pernah kulupa, senyum yang sentiasa terukir di bibir lantas dilontarkan senyum itu padaku. Aku masih lagi terpinga-pinga dengan penuh tanda tanya yang berserabut di minda.

“Maaf kerana buat Mas menunggu lama, Kak Lisa yang membantu Syam menerobos rahsia dalam hati Mas. Cerita Kak Lisa tentang Syam intim dengan rakan sekerja hanya rekaan semata-mata. Ia hanya untuk mengusik hati kecil Mas sahaja. Syam harap Mas tidak terguris dengan gurauan seperti itu”, Syam ketawa kecil sementara jantungku terus bergelojak laju seakan menanti kata-kata seterusnya.

“Syam ingin menoktahkan penantian Mas Syawal ini. Syam yakin dah bertemu dengan apa yang dicari. Sebenarnya Syam sengaja tak mahu mengikat hati Mas. Syam tak mahu kita hanyut dalam perasaan cinta. Ada baiknya cinta kita diikat dengan hubungan yang halal. Keluarga Syam akan ke rumah Mas nanti. Nantikan Syam di mahligai cinta kita wahai Masturaku..”, sambung Syam dengan bersuara tenang.

Sukar untukku gambarkan perasaan ini. Ada rasa syukur yang teramat. Rupanya inilah hikmah yang kunanti. Malam itu, aku yakin akan cinta pertamaku, Kamarul Hisyam..

Pencarian sang muslimah..

Puas sudah kumencari kebahagiaan...

Di sisi teman-teman, ku dapat hanya kelalaian...

Ku cari lagi, di hati teman bergelar kekasih...

Ku dapat hanya kekecewaan, lantas ku terus mencari...

Dalam meniti hari yang penuh kekosongan...

Oh, di mana lagi harus ku cari...

Apa yang kucari, apa yang kuperlukan...

Aku masih tak bisa mengerti...

Yang pasti kekosongan hati ini perlu diisi...

Sejenak ku tersedar, rupanya aku mencari Cinta Agung...

Buat jiwaku yang merindukan...

Hakikat kebahagiaan...

Ku pasti destinasi pencarianku di sini....

Kumencari-Mu mengharap keredhaan....

Menagih kebahagiaan dari sinar cahaya iman…

Cinta Pertama..2

“Mas ada dengar cerita baru tentang Syam?, Kak Lisa bersuara memulakan bicara selepas menghidangkan Teh O limau panas kegemaranku. Kak Lisa adalah teman serumahku juga kawan baikku dan Syam sewaktu di universiti.

Aku menggeleng perlahan. Sebenarnya sudah hampir tiga minggu aku tidak berjumpa Syam. Dia juga langsung tidak menghubungiku, mungkin sudah jauh hati kerana aku jarang membalas pesanannya di telefon bimbitku.

Kak Lisa memandang tepat ke mukaku. Aku tiba-tiba rasa tidak sedap hati. “Dia dah nak kahwin ke?” sengaja aku bertanya dengan nada berseloroh menyembunyikan perasaanku.

“Jadi Mas dah tahu la?” Kak Lisa bertanyaku semula. Aku menjadi bertambah tak keruan. Tetapi sempat juga aku tersenyum kelat pada Kak Lisa. Gurauan Cikgu Ashikin kembali bermain di mindaku. Inikah yang dimaksudkan dengan gigit jari?

“Nak kahwin tu tak pasti tapi dia sekarang dah intim dengan seseorang. Kawan sekerja dia. Akak terjumpa mereka masa seminar di PJ Hilton minggu lepas”, Kak Lisa membalas dengan nada sederhana sambil melirik tepat ke anak mataku. Mungkin untuk melihat reaksiku. Aku cuba berlagak tenang. Kembali menghirup teh O limau yang hampir suam. Kak Lisa terusan memandangku seperti mahu penjelasan dariku.

“Dah jodoh dia kak, nak kata apa.”, balasku selamba. “Kami pun kawan biasa aje, tak lebih dari itu. Dengan siapa dia mahu keluar, itu bukan hak saya untuk menghalang”, sambungku lagi.

“Akak rasa kalian berdua sama-sama ego. Masing-masing mementingkan diri sendiri. Kenapa Mas tak luahkan perasaan Mas pada dia? Kenapa Mas mesti lepaskan dia pada orang lain padahal Mas dah menanti bertahun-tahun?”, bertalu-talu soalan keluar dari bibir Kak Lisa. Aku semakin lemas dengan situasi ini. Jiwaku rasa kian memberat menanggung rasa yang telah lama kusimpan sendiri. Tanpaku sedari mataku berkaca. Aku tunduk menyembunyikan wajah sayuku dari pandangan Kak Lisa.

“Mas dah penat Kak Lisa. Mas dah tak sanggup menati. Jika ini terbaik untuk dia, Mas redha dia pergi. Mungkin kami lebih sesuai menjadi kawan. Mas tak boleh paksa dia untuk mencintai Mas”, aku bersuara lirih. Terasa beban yang kutanggung sedikit terlerai.

Malam itu aku gagal melelapkan mata. Kenangan aku Syam hadir satu persatu. Dia sebenarnya yang paling memahamiku. Paling tahu kegemaranku dan tak pernah jemu membantuku. Sebenarnya apa yang paling menarik hati aku tentang Syam ialah kerana akhlak dan agamanya. Dia banyak membentuk diriku. Dari gadis yang lincah dan bebas berpakaian kepada gadis yang menutup aurat. Dari gadis yang tak kenal tikar sembahyang kepada gadis yang mula mencintai Tuhan. Juga nasihat dan pesanannya tak jemu-jemu dilontarkan padaku.

Namun `penghijrahanku` bukanlah kerana Syam semata-mata, tetapi aku benar-benar ingin memulakan hidup baru. Aku seorang guru, jadi aku harus jadi teladan yang baik buat pelajarku. Aku tidak mahu anak-anak didikku berpakaian tidak menutup aurat dan bergaul bebas. Syam cuma membuka jalan bagiku.

Ya Tuhan..bagaimana hamba-Mu ini mampu melupakan dirinya. Setelah sekian lama rasa sayang dan kasih padanya bersarang dalam hatiku. Aku mengucap panjang. Aku sedar bahawa Tuhan ingin menguji tahap keimananku. Hanya pada Tuhan kuberserah, kuyakin akan ada hikmah yang menanti. Aku tidak jemu-jemu bangun di sepertiga malam memohon diberi kekuatan jiwa dan mengharapkan agar aku dipertemukan dengan orang yang soleh kelak. Insya-Allah..

bersambung-->

Cinta Pertama..1

AKU INGIN BERUSAHA SEDAYANYA UNTUK MELEPASKAN `DIA` PERGI DARI JIWAKU. AKU SEMAKIN TAK MAMPU MENANGGUNG SAKIT MENYIMPAN CINTA DALAM DIAM. SEBELUM LUKAKU BERTAMBAH PARAH, BIAR KUSINGKIRKAN PERASAAN YANG BERMAIN DI JIWA INI. SEBELUM AKU HILANG PERTIMBANGAN, ADA BAIKNYA KUBUNUH CINTA YANG SEMAKIN MEMEKAR INI.

Sengaja kumenawarkan diri untuk mengikuti perkhemahan Kelab Kembara Sekolah walaupun tanggungjawab itu diserahkan pada Kak Lisa. Sekurang-kurangnya aku dapat melupakan dirinya buat beberapa hari.

“Mujur la ada cikgu yang rajin macam Mas ni. Semua aktiviti sekolah dia sanggup ikut. Ada harapan jadi guru cemerlang ni.” Cikgu Ashikin menegurku ketika menjejakkan kaki ke bilik guru. Guru Biologi itu memang peramah dan suka diajak berbual.

“Dia anak dara senang laa..kalau dah bersuami macam kita ni lainlah. Nak uruskan anak lagi, lagi pula kalau perut ni memboyot”, sampuk Cikgu Siti yang sarat mengandung anak ketiga.

Aku cuma tersenyum mendengar kata-kata mereka. “Mas pun bosan duduk di rumah. Dari masa belajar lagi dah biasa aktif. Ralat pula kalau duduk-duduk je di rumah”, aku membalas kata-kata mereka sambil menyusun buku-buku pelajar di meja.

“Nak sibuk tu boleh, tapi jangan sampai lupa nak luangkan masa untuk si dia. Nanti ada yang gigit jari”, seloroh Cikgu Ashikin sambil menepuk bahuku.

Aku tersentak mendengar guraun tersebut. Sememangnya hubunganku dengan Syam bukanlah rahsia dikalangan teman-temanku. Syam pernah membantuku ketika menganjurkan perkhemahan motivasi tempoh hari. Syam juga yang menolongku menyiapkan hiasan rumah sukan semasa hari sukan dua bulan lalu. Mereka mengandaikan kami mempunyai hubungan yang istimewa walaupun hakikatnya kami cuma berkawan. Aku sebenarnya sudah teramat letih dengan hubungan `teman tapi mesra` kami ini. Syam seolah-olah bermain tarik tali denganku. Perkenalan sedari universiti sudah memasuki tahun keenam. Sikapnya yang melayanku dengan baik membuahkan perasaan istimewa dalam diriku. Kadangkala gurauannya boleh kusalahertikan. Dia pernah bergurau yang dia sanggup menantiku sehingga tamat pengajian malah dia pernah membayangkan kelak setiap hari terpaksa menjamah masakanku yang masin.

Aku sememangnya mengakui dirinya begitu istimewa dalam hatiku. Tak pernah hariku berlalu tanpa mengingati dirinya. Namun mengapa dia tak pernah menyatakan siapakah diriku dalam hidupnya. Dia memperkenalkan aku sebagai teman baiknya kepada rakan-rakan sekerjanya. Dia juga tak pernah memperkenalkan aku pada keluarganya. Adakah dia benar-benar menyukai aku atau aku yang perasan sendiri.

bersambung--->

Hebat...

Hebat tol aku..hehe..pe salahnya angkat bakul sendiri sekali sekala kala kan..aku baru aje lepas menyiapkan satu projek assignment aku yang terakhir..x sangka leh siapkan dalam masa 24 jam nih..begitu hebat hebat sekali ahli-ahli kumpulan aku tuh..diorang sume pi hembus sisa-sisa kerja yang x habis tu kat aku..

Aku ler kene cakap masa rakam video, aku ler kene edit, aku la kene 'bakar' cd dan aku la kene bangun pepagi nanti untuk print report..tapi kenyataannya aku x tido lagi woi, bleh ke bangun pagi neh..=)huhu..diorang ni memang..mentang2 aku ada motor kapcai tuh..ada gak jasa dia kat aku..huhu.. Hoh..esok aku xmoh dah present..stakat nyampuk2 bleh lah..haha..letih tahap dewa dah nih..di kala ini jam dah pukul 4.15pagi..kul 9.00pagi ni nak present..wish me luck buddies!! nitezzzz...zzZZzz..

Penat + Salah ke??

Assalamualaikum..

Hai, arinih nak rock r cket yea..baru best..x mo skema sgt..sebab aku nak lepas tension pada sape2 yang melepaskan tensionnya pada aku..haiyaa..ape la itu orang..

Harini aku penat tahap dewa..pagi tadi bangun2 tido dah kene jawab soklan mekanik yang payah giler..problemass..habis carry mark aku sem nih,huhu..kalu gini ler citernye..aku kene up cket aku nye study bf final nih..bagus gak en.wan wat quiz di kala aku malas nak study ni kan..yo lah,,asik assignment ajer..mane larat nak study..hehe..en.wan nih lecturer kesayangan aku dan zuariyah anak pak hassan tuh, memang kami suka benar ler puji dia..bukan bodek tapi kan dah memang kene berbaik dgn lecturer untuk dpat markah bonus gituh..=)

Sebaik sahaja lepas test mekanik..aku terus g discussion untuk mini project aku yang kene submit pagi jumaat esok..siap kene present time tuh gak..sebelum tuh aku dapat mesej dari org yang melepaskan tensionnya kat aku..pening2..ha, b`balik pada project aku tuh..tajuk project group aku nih adalah 'free fall motion' di mana kami ingin mengkaji pecutan graviti pada ketinggian yang berbeza..mula2 pening gak nak perah ilham untuk wat project nih..ingat senang ke, nak kene cari software, pikir lagi cane nak construct model,haha..kan senang amik miss universe aje..kikiki..bnyak gak idea-idea kami yang kene reject oleh kami sendiri..haha..tuh yang sukar tu..tapi xpe,life must go on..akhirnya jumpa gak software yang boleh detect 'sound wave' yang bernama 'Visual Analyser'..nak guna software ni pun satu hal gak, sebab dia ada pantang larang..hai,macam2..tapi kitorang teruskan gak..hehe..sume kitorang siapkan sampai petang tadi..bersama kelaparan yang tiada tandingannya itu plus penat tahap dewa tersebut..

Malam ni...... pegi terawikh la..pe lagi..Alhamdulillah..Tuhan telah berikan aku kekuatan untuk berterawikh pada malam-malam sepanjang Ramadan..semoga keluarga, sanak saudara dan sahabat handai aku pun camtuh gak...jom sama2 kita mencari dan terus mencari malam lailatul qadar yang penuh barqah ini..yeye..x sabarnye nak nyanyi lagu 'esok hari raya..esok hari raya' dengan riang ria..hehe..

Cuma aku bingung dengan kepenatan hari ini..kenapa ada orang nak melepaskan tensi dia kat aku..pe lah salah aku kat dia? padahal aku dah wat yang sebaik mungkin untuk dia..pelik2..ada sorang teman aku ni plak asik berfikiran negatif aje..sampai membandingkan cara aku berkawan dgn cara barat..aku pelik la..aku nak sgt tanya dia kenapa?kenapa?kenapa?salah ke aku? ya,mungkin aku ada salah ckp di sana sini sampai dia slah tafsir apa yg aku cakap..aku x marah cuma sedih je..memang..kadangkala nasib tidak menyebelahi kita..memang..masalah sentiasa mencampuri urusan hari-hari kita x kira masa bila, di mana jua dan untuk apa.. Untuk apa?? Semuanya ada perkaitan dengan Tuhan..jika kita kaitkan semua masalah kita dengan Tuhan pasti kita akan redha dan sabar dan jika kita kaitkan bahagia dan laba dengan Tuhan pasti kita akan berasa bersyukur dan tenteram..apa-apa pun..fikirlah dari sudut yang positif..dan yang penting TUHAN ITU MAHA ADIL DAN MENGETAHUI..ye lah kan..walau apa sahaja orang yang melepaskan tensionnya kat aku tu nak cakap pe pun..kan..kan..kan..

p/s: jika hidup seseorang itu penuh dengan kesukaran, percayalah suatu hari nanti dia pasti akan berasa kebahagiaan yang amat bermakna walau sesaat sekalipun..
Sekian..

Menyintai Bukan Bermakna Memiliki..

Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...

Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."

Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......

Doaku Pd Bulan Suci...

Ya Allah..terlalu banyak musibah yang Kau timpakan ke atas keluarga kami. Tabahkanlah hati kami supaya dapat kami tempuhi hari-hari yang penuh kesukaran ini dengan hati yang terbuka. Sesungguhnya dugaan yang Kau turunkan itu penuh dengan hikmah yang tersembunyi.

Ya Rabbul Izzati, Tuhan Maha Mengetahui, Maha Mengasihi.. Kau cucurilah rahmat-Mu ke atas arwah nenekku, MEK BINTI DERAMAN yang telah selamat pergi ke rahmatullah pada 20hb September 2007 bersamaan 7 Ramadhan 1428 iaitu pada hari Khamis lepas. Perginya arwah memberi seribu kesedaran pada anak, cucu, cicitnya yang tersayang bahawa tiada lagi orang tua di kampung tetapi yang ada hanyalah pusara yang kaku. Adakah kami akan pulang ke kampung pada 1 Syawal untuk menyambut Aidilfitri seperti kebiasaannya? Atau kami hanya pulang untuk sementara waktu sahaja singgah di pusara itu dan meratap sayu dengan iringan dendangan Kalamullah, Yassin..

Tidak!! Kami tidak akan melupakan kampung halaman yang sudah sekian lama terpahat dalam jiwa kami. Kami tetap akan pulang membersihkan rumah di kampung, memasang pelita di sepanjang susur jalan ke rumah kami, dan memasak juadah raya yang enak-enak. Tiadanya mok(nenek) dan cek(atuk) serta ayoh(atuk), tidak bermakna suasana aidilfitri di kampung juga sudah tiada. Akan kami hidupkan seolah-olah mok, cek dan ayoh ada menyambut hari raya bersama kami.

Ya Tuhan Maha Besar, Maha Penyayang..berikanlah pelindungan, kesihatan dan kebahagiaan ke atas ahli keluarga baru kami, AHMAD AMEER BIN AZIZI dan ibu bapanya yang redha menerima dugaan yang besar itu Ya Allah. Ahmad Ameer telah selamat dibedah pada 22hb September 2007 yang lepas kerana kejadian Tuhan Yang Maha Kuasa itu, posisi jantungnya songsang dan perlu dibedah untuk mendapatkan komposisi oksigen 100%. Kini anak kecil itu berada di bawah penjagaan rapi oleh pihak hospital. InsyaAllah..segalanya akan sempurna kembali. Ya Allah.. Kau pulihkanlah kesihatan anak kecil itu dan kurangkan kesakitan yang dialaminya. Aminn.. Allahuakhbar!!

Sunat Tarawikh..

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W.,
sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang
fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan . . .


Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan sembahyang
terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di
Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf
di Baitul Ma'mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap
batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan
dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi
'Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir'aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang
telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim 'Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan
di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu
dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya
ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap
kejahatan dan keburukan.

Malam 14
datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah
tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan
mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan
dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini
sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada
engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan
kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga
daripada nur.


Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam
ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)


Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama
40 tahun ibadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas
atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di
akhirat.

Malam 29

Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang
mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada
malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini
hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga
yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang
dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'."

Baby Ramadhan...

13hb september 2007..50647 

tengahri semalam ahli keluarga aku telah bertambah seorang..beliau adalah seorang budak yang sangat kecik dan tersangatlah comel..biarpun aku tak sempat melihat beliau kerana busy dengan hal2 kat upsi nih, tapi naluriku sungguh kuat mengatakan beliau memang sangat2 comel..akan kucubit2 pipinya yang sangat gebu itu, dan akan aku main cak-cak dengan dia..as if he understand what his makteh playing about,hakhakhak..aku pun dah start ber'day-dreaming' apa yg aku nak wat tatkala aku berjumpa dengan beliau..

oleh kerana aku sering ber'day-dreaming' begini, aku sungguh tension sekali kerana plan memang nak balik somban minggu ni tapi x jadi disebabkan oleh test yang berlambak-lambak..sabtu ni test kalkulus, ahad lak test kimia dan hari isnin pula test psikologi pendidikan...hmmm..mane tak tension..di kala ini aku sedang bertungkus lumus menyiapkan assignment aku..nasib baik dah siap..tinggal lab report fizik aje yang tinggal..tu pun nak hantar esok petang..moral of the story..jangan wat kije lembap sangat dan jangan bertangguh-tangguh kijer nih..paham asma!!?? hakhakhakk..sekian..

Pilihan Hatiku...

Jika memang dirimu

Bukanlah menjadi pilihan hatiku

Mungkin sudah takdir

Kau dan aku takkan mesti bersatu

Harus selalu kau tahu

Ku mencintainya di sepanjang waktuku

Harus selalu kau tahu

Semua abadi untuk selamanya

Kerana ku yakin cinta dalam hatiku

Hanya miliknya sampai akhir hidupku

Kerana ku yakin di setiap hembus nafasku

Hanya dirinya yang selalu ku rindu

Harus selalu kau tahu

Ku mencintainya di sepanjang waktuku

Harus selalu kau tahu

Semua abadi untuk selamanya

Kerana ku yakin cinta dalam hatiku

Hanya miliknya sampai akhir hidupku

Kerana ku yakin di setiap hembus nafasku

Hanya dirinya satu yang selalu kurindu.

Jika memang dirimu

Bukanlah menjadi pilihan hatiku

Pasti terselindung hikmah di situ

Ku pasti kau akan tahu...

SAHABAT ATAU KEKASIH??

20_1 Perasaan cinta dan sayang hadir tanpa diundang. Bermula dari perkenalan biasa tidak kiralah melalui apa-apa sahaja medium sekalipun sehingga menjadi sahabat dan akhirnya bibit-bibit cinta mula mekar dalam diri masing-masing. Apakah semudah itu kaum adam ini menukar perasaannya dari perasaan sebagai seorang sahabat menjadi kekasih hatinya? Apakah pula implikasi dan respon terhadap si dia? Di sini terdapat beberapa pendapat umum dan logikal untuk diterima. 

Sebenarnya nilai persahabatan merupakan satu nilai yang tinggi. Disebabkan itu, seorang yang menghargai nilai persahabatan itu memandang sahabatnya sebagai tempat untuk menyatakan segala-galanya, dan sahabatnya itu sebagai tempat untuk berkongsi masalah. Bagi saya, persahabatan itu tidak mengira umur, pangkat dan darjat mahupun jantina. Jadi seseorang itu boleh bersahabat dengan sesiapa sahaja yang dia mahu kerana seperti kata-kata yang dipetik oleh teman saya, ”itu adalah hak asasi manusia”. Perlu diketahui juga apakah tujuan seseorang untuk bersahabat, adakah untuk suka-suka mengisi masa lapang atau untuk menimba ilmu dari sahabat itu kerana bak kata pepatah ”carilah ilmu sampai ke Negara China sekalipun”. Jadi ilmu itu boleh didapati di mana-mana bukan sahaja dari buku atau dalam bentuk tulisan, tetapi dari isi percakapan daripada seorang sahabat juga terkandung ilmu tersebut. Kembali pada tujuan dalam mencari sahabat, berkemungkinan seseorang mencari sahabat demi mencari jodoh dan kemudian membuat pilihan hati antara sahabat-sahabatnya. Ataupun, ”sambil menyelam minum air”, seseorang punya banyak tujuan untuk mencari sahabat atau memang mencari sahabat itu sudah menjadi kewajipan bagi setiap manusia di alam semesta ini. Kerana itu, tidaklah kita menjadi seperti ”katak di bawah tempurung” yang hanya bersendirian dan tidak bersosial kerana manusia saling memerlukan antara satu sama lain untuk melengkapkan hidup mereka seperti seorang manusia yang normal.

Maka timbullah persoalan bagaimana jika perasaan dari seorang sahabat bertukar menjadi kekasih. Kita tidak perlu sebarang alasan untuk mengulas bagaimana perasaan sebegitu boleh terjadi kerana perasaan seorang manusia itu tersangat halus, tidak mudah ditafsirkan dengan kata-kata. Ya, memang benar dalam bersahabat, lelaki dan perempuan, ada kecenderungan untuk mereka saling jatuh cinta . Saya percaya ini berlaku secara semulajadi yang diwarisi dari adam dan hawa. Jadi, tidak sukar untuk menukar perasaan daripada sahabat kepada perasaan sayang terhadap kekasih. Tidak dapat dinafikan bahawa bersahabat terkandung seribu satu manfaat. Tetapi jika salah memilih sahabat, mungkin kita akan terpesong dari landasan dan niat yang sebenar dalam mencari sahabat itu tadi.

Sebenarnya terdapat banyak kebaikan dari kekurangnnya apabila seorang sahabat menjadi kekasih. Kelebihan yang saya fikirkan ialah masing-masing antara mereka pasti sudah mengenali dan memahami antara satu sama lain. Tambahan, segala perilaku, tindak tanduk dan sikap sahabatnya sudah difahami dan dikenali. Mungkin, tanpa disedari dirinya sudah bertemu dengan wanita yang mampu memahami dirinya. Jadi, sedikit demi sedikit perasaannya berubah daripada sahabat bertukar kekasih. Tetapi, kekurangan yang paling utama pula, bila hubungan tersebut terputus di tengah jalan, seorang lelaki itu bukan sahaja kehilangan kekasih tetapi berkemungkinan juga hilang sahabatnya tidak kiralah baharu sahaja berkenalan atau teman lama.

Jadi, setiap individu yang inginkan persahabatan yang positif haruslah juga menerima takdir dengan fikiran dan akal yang positif. Justeru, tidaklah pula terjadinya kehilangan sahabat jika cintanya terhadap sahabat itu tadi tidak kesampaian. Bak kata pepatah ”kawan biar seribu, kasih biar satu”. Maka dengan itu, sahabat harus diterima walau apa sahaja yang sudah berlaku di antara mereka.

KETIKA....

Ketika dia begitu menyayangiku...
Ketika itu aku melukainya
Ketika dia begitu menyukaiku...
Ketika itu aku mengecewakannya...

Ketika dia begitu mengharapkanku...
Ketika itu aku menyakitinya...
Ketika dia begitu menyintaiku....
Ketika itu aku meninggalkannya...

Apakah ini suratan??
Adakah aku mengikut kata hatiku??
Mengapa aku berkelakuan begitu terhadapnya??
Maafkan segalanya...
_dsc6548_1

TEMAN SEHIDUP SEMATIKU..

Pertama telah ku pandang makhluk yang banyak ini...

Maka aku saksikanlah bahawa..

Tiap2 mereka mempunyai kekasih dan kecintaan tempat hatinya tertambat...

Sebahagian daripada kekasih itu hatinya mendampinginya..

Sampai ke sakit yang membawa maut dan yang sebahagian hanya smapai ke tepi liang kubur...

Setelah itu kesemuanya pulang dan meninggalkannya terbaring seorang diri..

Tidak seorang jua pun yang turut masuk ke kebur dan menghiburnya di dalam...

Yang demikian tidak ku dapati selain daripada amal yang soleh...

Sebab itu maka ku ambillah ia menjadi kekasihku...

Supaya kelak ia tidak bisa meninggalkan daku seorang diri...

unfaithful???

Story of my life Searching for the right But it keeps avoiding me Sorrow in my soul Cause it seems that wrong Really loves my company He's more than a man And this is more than love The reason that the sky is blue The clouds are rolling in Because I'm gone again To him I just can't be true And I know that he knows I'm unfaithful And it kills him inside To know that I am happy with some other guy I can see him dyin' I don't wanna do this anymore I don't wanna be the reason why Everytime I walk out the door I see him die a little more inside I don't wanna hurt him anymore I don't wanna take away his life I don't wanna be.... a murderer I feel it in the air As I'm doin my hair Preparing for another day A kiss upon my cheek As he reluctantly Asks if I'm gonna be out late I say I won't be long Just hangin' with the girls A lie I didn't have to tell Because we both know Where I'm about to go And we know it very well Cause I know that he knows I'm unfaithful And it kills him inside To know that I'm happy with some other guy I can see him dyin' I don't wanna do this anymore I don't wanna be the reason why Everytime I walk out the door I see him die a little more inside I don't wanna hurt him anymore I don't wanna take away his life I don't wanna be.... a murderer Our love... his trust I might as well take a gun And put it to his head Get it over with I don't wanna do this... anymore Oooohhh... anymore I don't wanna do this anymore I don't wanna be the reason why And everytime I walk out the door I see him die a little more inside And I don't wanna hurt him anymore I don't wanna take away his life I don't wanna be.... a murderer

CINTA SUCI KITA...

Dia telah telah menentukannya

Kita bertemu dan bercinta

Inilah oh takdirnya

Bukan kerana harta

Inilah citra cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka

Tak mampu ku menafikannya

Kejujuran diberi

Kasih datang tak terhenti

Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku

Peluklah daku

Janji dengan ku

Semai cinta nan satu

Tuhan menguji

Takkan berhenti

Hanya ku pinta

Sama setia menjaga

Hingga ke alam syurga

SALAM AIDILFITRI!!

Assalamualaikum..=))

diam x diam..pejam celik pejam celik dah nak dkt sebulan kita berpuasa ek...

so dikesempatan ini ingin kuucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri..

kepada member2 yg pernah menjadi memberku..ampun dan maaf ku pinta dari korg sekalian..ku tahu betapa banyaknya dosa yg kulakukan..buanglah yg keruh..ambil yg jernih..

BALASAN BAIK HINDARI MARAH!!

Abu Hurairah dan Said Al-Magburi meriwayatkan:

Ada

seorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar. Ketika itu Rasulullah S.A.W duduk di sebelahnya. Baginda diam sahaja, begitu juga Abu Bakar.

Selepas orang itu selesai  memaki hamun dgn mengeluarkan kata-kata kesat, Abu Bakar membalas makian itu, tetapi Rasulullah S.A.W bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad S.A.W dan bertanya kepada Rasulullah.

Rasulullah S.A.W lantas menjawab: ”Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika egkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan tidak suka duduk bersama syaitan.”

Rasulullah S.A.W bersabda lagi: ”Allah Ta`ala akan memuliakan hamba-Nya ketika sedang dianiaya lalu memberikan kemaafan sambil mengharapkan keredhaan Allah Ta`ala.”

Abu Said al-Khurdi pula berkata: Rasulullah S.A.W ada bersabda: ”Awaslah kamu daripada sifat marah kerana marah itu menyalakan api dalam hati anak Adam.

”Maka sesiapa yang berasakan demikian ketika berdiri, hendaklah dia duduk dan jika dia duduk hendaklah ia berbaring.”

”KESABARAN ADALAH TUNJANG KEKUATAN DAN KEBAHAGIAAN DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT...”

RAMADAN 2006!!

Alhamdulillah..syukur kepada Allah..ramadan kembali lagi pada tahun ini..

April tahun depan genaplah umurku 20tahun..umur yang dikatakan meningkat dewasa..umur yang makin mengenal dunia dan matang dari segi pemikiran..

Di sini di mana tempatku berpijak, di bumi UPSI makin banyak hal2 yg perlu ku hadapi..fhm2 je lah..

Siapa yg dok u tu tau la pe yg best bulan pose nih..bazar ramadan..depan Kolej Ungku Omar ni, ada bazar so sng btol nak bli juadah..hehehe..

Budak rumah ckup baik dgnku..bagaikan saudara dan tanpa segan silu nk cter problms..bestnyaa...

Hm..sempena bulan yg mulia ni..telah kutanamkan dalam diriku untuk berhijrah..hijrah ini mmg payah tapi hijrah ini menuju Allah, di hujungnya khazanah..insya-Allah..

Lagi satu nikmat yg amat kusyukuri sempena bulan Ramadan ini ialah dgn mudah nya hatiku menunaikan ibadah terawikh..Alhamdulillah..semoga Allah memberi ketenangan jiwa kepadaku dan umat Islam seluruh dunia..amin..

PeNgALaMaNkUuU.....

Assalamualaikum..wbt..lamenye x masuk blog nih..hm..kcian blog sayer,bile dperlukan maka dtglah sayer kepada blog sayer nih..kcian kan dier...blog sayer nih cam nasib sayer lah..pengalaman yang terpaksa dilalui dalam hidup ini..biarpun pedih tapi sayer terima je larr ketentuan tuhan yang Maha Esa..org kata x elok kan mengeluh..tapi yang pasti tempat mengadu masalah hanya lah kepada Allah swt..

Astaghfirullah hal `azim..semua yang blaku adalah diluar jangkaan sayer..tak pernah difikir akan terjadi perkara sebegini rupa..hm..tapi..pengalaman pedih sayer anggap ia pangalaman yang dapat mematangkan sayer..semoga sayer dapat menjadi matang dan sayer juga tahu tuhan datangkan dugaan ke atas hambaNya kerana Dia sayangkan sayer..Dia mahu sayer dekatkan diri kepadaNya,beribadat kepadaNya, mengadu kepadaNya bahawa sayer telah menyesal dgn perbuatan sayer yang lalu.

Hmmm..kepada sesape yang terbaca blog sayer secara langsung atau tidak langsung ni sayer harapkan jgn lah anggap sayer ni menagih simpati kat sayer..hehehe..tapi simpatikah korang terhadap sayer nih?sobs..sobs.. tapi xpelaa..moga korang yang ada masalah tu, selesaikan la dengan cara yang bijaksana, matang dari segi fizikal dan mental, n fikir dulu sbelum buang..eh..sebelum buat..heee.. kalo yang cepat marah tu, tangani marah dengan bijak,jgn lontarkan kemarahan kepada yang tak bersalah..kalo ada org yang wat salah kat kite pon,jgn la berdendam..mungkin ada hikmah disebalik pe yang berlaku..InsyaAllah..

Okes..sekian cramah saya kali ni..Wasalam...=))

Yahoo..it`s my befday..

Tepat jam 0000 bertarkh 27 April 2006..adalah hari lahirku yang ke 19..hehe..time ni byk gles msg2 yang wish amy...nyssa potter 2 adalah org pertama yang wish amy mlalui sms r..ade yang wish amy 2 ari sblm harinye iaitu rifhan kamilah atau ann..nyssa ni sgt baik, cantik  n sweet orgnye juge tak kdkt ilmu, pndpt, dan juge makanan..haha..die kaya dgn makanan u know..miss u nisa..

Da 2nd person..sahabatku syahireturn a.k.a atok kbyan yang dok nun jauh di Klate tuh..he is such a nice, funny, n0ty-n0ty guy..hehe..ktorg knl sem2, dak syahir ni pun rajin gi trn jogg bersama kwn die, abe..amy ske kwn ngan org kltan..diorg tak sombong n ramah mesra lagi lemah lembut orgnyer..ramai dak ma3x yang da jdk kwn amy cam abe, anis, edi, ecah, yus, azila dk trengganu, n bee dak pahang..ramai agi ah..

the 3rd person is my dear Hanis..die ni teman yng agak rapat jgk..she is my silat`s partner yang amat memahami diri ini..hehe..juge die adalah partner joging amy..she`s quite a determination person..kami bley dikatakan sekepale arr..hehe..cam adik bradik gtu..

the 4th person goes to Maricar..dak ni bakal pilot..huhu..die ni dak praktikum amy cam nyssa potter gak tapi msk sem2 die gi msk sebuah institut tok menjadik pilot kat Langkawi..papehal pun u r my fren,maricar..dak ni ok, baik, n suke puji2 org, pandai lagi..huhu

He is the last person that night..dak ni namenye Ridhwan kalu tak silap..tapi frenster name die LowWanjak..pe maksudnye wa pun tara tau..hehe..dak ni amy knl masa ktorg sm LDK 93 kem jati diri KMM ri tu..kitorg nye fasi, abg ihsan tu r yang dari KUTKM tuu..timeceh yerk Lowwanjak..

Mmm..rase diorg 5 org je kot yang msg amy malam tu..sok nye ramai r yang anta msg wish amy..yang call malam tu adalah antara 3 org sahabat amy, sisfawarni yang sgt kuat menangis..hehe...sis amat pendiam..sume 3 org sahabat amy ni mempunyai character yang berbza..lagi sorang husna seorg yang kuat berckp,pot pet pot pet spjg perjalanan..hehe..tp x pe hilang kbosanan kami..

lagi sorang ni sahabatku dunia akhirat yang amy paling sayangi ialah dania farhana yang sgt comel, cute, lawa n cntik bukan aje muka die tapi ati die sgt la cntik dan lawa..die baik hati..amy knl die dari form1, time sklh kat SMA Dato` Klana Petra Ma`mor..amy da knl sgt die, ktorg da cam adik baradik..doakan persahabatan kami 4 orang berkekalan hingga ke anak cucu, dan akhir hayat kami..amin..insyAllah.. 

Soknye ramai r yang bg msg hepi befday..diorang adalah..hajar, bee, ecah, ayin n ramai agi x sempat nak cakap..huhu..cam bagi ucapan jerk..x de r..cte ni sbagai tanda penghargaan amy kat diorg..timeceh again korang!!

Woo..bukak je frenster..x terkire ramai yang wish befday kat amy..timeceh byk2 skali lagi..mereka ni termasuklah huzaifah or efa dak kuliah, suraya or soya, hanis junior or c-heart dak clat, akak inasuhila or aragorn, acab or asy-ralph..sedap name tu n western sket,kiki..n the last one abg ihsan KUTKM yang sgt pandai perihal komputer nih..mintak tolong ajo ckt..hehe..timeceh sumernye..

Hmm..tis is da last event on my befday..satu kejutan untukku..hehe..we went to City Park..tempat tu walla!!sgt cantik and romantik,swai untuk couple r, de taman, track jog, court badmntn, basketball..kat situ gak ade tasik n air pancut..memandangkan time 2 kul 12 so ktorg berkelah kat dalam pndok terapung..pondok tu agak ke tgh tasik r, bleh nampak ikan koi n kura-kura dari pondok tu..romantik kan??hehe.. 

Sgt terkejutnye, amy igtkan diorg hanya blikan kek n present, tat`s all..tapi depa p bwak nasi gorg and mihun gorg n ayam gorg..buah epal n oren..huhu...ya Allah..sape yang tak terharu kalo cmtu, ye tak? Haa..another surprise is diorg nye gift tu adalah 4 bears yang menandakan kami 4 org..so sweet,rite..U know sumthing ..i never forget tat day...And now i know tis is call A TRUE FRENS!! 

Ehmm..ahad ni ma cdang nak clebrate befday kami..hehe..actually bulan ni ma nye befday is on april 9 and abg famy is on april 25..so tiap2 tahun, on april je msti ade clbrate befday besar-besaran..saat yang ku tunggu-tunggu..hehe..Whoa!!feel tired oredy..gotta go..nak tit0 plak..c ya later..assalamualaikum w.b.t..=))

Cat_0174

Assalamualaikum.......

hi all of my fwens...actually ari ni adalah kali pertama amy post.. so still blurr lagi pe nak uat or tulih dalam nih.. ble baca member pnye blog, diorang story bout themselves kan? bout life...  so if it`s bout life, byk yang amy nak cite kat korang....

so pe kate kite start dari amy lahir lagi..hehe.. amy anak kelantan tapi x power r ckp klantan...tapi demo kato buleh kiro lah...maksudnya ade gak la 'slang' klantan tu...amy dok sremban da lama da..nak kat 16 tahun da.. hehe ni berhijrah la ni..bukan ke hijrah itu satu pengorbanan yang membawa kpd kebaikan??hehe...cramah la plak.x rr..actly, my dad kije krajaan and terpaksa laa berpindah randah..eik..cam 'nomad' la plak..huhu x ar..

nak cite ksah idup amy kat korang ni..dari kecik lagi hinggalah amy masuk form 1, amy x penah pun de member kamcing..niat nak de member kamcing tu memang la de kan..sumer nak kan?masalah yang amy hadapi time 2 ialah org yang menjauhi diri amy..time 2 amy tatau sbb pe diorag mlayan amy sbgtu rupa..hanya stlh amy mendapat member kamcing,member rapat,kawan karib atau sahabat cam beliau ni laa baru amy tau ape sebabnya...

korang nak tau tak masa amy mnatap blog ni kul bape?? haa..kalo nak tau dengan bertemankan kucing amy, Putih yang sume bulu die wane putih bersih nih dok sblh amy, die bg idea sket pe nak tulih..die sanggup x tido tau sbb nak temankan amy, kalo tertido pun tersengguk-sengguk sedar balik...ish sh terharu tau..Haks lupe nak cakap kul bape..time ni kul 6.14 pagi kut jam laptop nih..    so mandangkan subuh pun da berkumandang amy stop sampai cni je la dlu yerk.. insyAllah kalo de 'jodoh' kite jumpa lagi kat cini n akan amy smbg cite amy yang agak sedih tu yerk..

My Photo

November 2007

Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
        1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30  
Powered by Friendster Blogs
Member since 02/2006